17 October 2009

Hilangnya Pelangi tatkala Teriknya Panas(Episod 2)

M

Tiada Batasan & Sempadan dalam arus PERUBAHAN

Apa yang ada kini bukanlah untuk kekal selamanya. Jika dilihat dari sudut yang lain kita bukanlah sempurna sentiasa. Namun dengan semangat dan perjuangan kita yang tinggi menjadikan kita seorang insan yang dapat merubah apa yang ada di hadapan kita. Itu adalah antara mukadimah sahaja. Sangat berkaitan dengan yang hidup atau yang telah meniggal dunia..






Di sini aku ingin berkongsi tentang masalah di mana eksploitasi politik terhadap mahasiswa.
Apa yang kita lihat sekarang, mahasiswa di malaysia kini tidaklah sehebat dengan mahasiswa yang telah dilahirkan sejurus 10 hingga 20 tahun merdeka. Mahasiswa dahulunya disanjung, dijunjung, dilambung, digendong dan pelbagai lagi aspek yang amat meninggikan martabat seseorang mahasiswa. Namun demikian, setelah kita mencapai 50 tahun kemerdekaan, mahasiswa sekarang tidaklah dapat dibanggakan seperti dahulu lagi. Mahasiswa kini lemah dalam lautan dunia moden yang menyebabkan meraka lalai dengan perjuangan sebenar seorang mahasiswa.

Apa yang aku katakan ini adalah bukanlah untuk mengata semata-mata, tetapi bagi menyedarkan rakan-rakan seperjuangan yang bergelar mahasiswa. Aku dapati mahasiswa kini tidak dapat melahirkan idea-idea yang bernas dalam menyelesaikan masalah sosial dan masyarakat. Apa yang menyedihkan bagi aku adalah penglibatan seseorang mahasiswa itu sendiri dalam kancah masalah sosial disamping masalah masyarakat. Dalam skop yang lebih kecil lagi adalah mahasiswa melayu.

Wahai bangsa yang aku sanjungi, tidakkah kamu terfikir bahawa bangsa kita iaitu melayu ini semakin berpecah belah angkara perbalahan politik yang saling tuduh-menuduh, fitnah-mengfitnahi, kata-mengata dan pelbagai lagi demi mempertahankan kedaulatan yang dibangga-banggakan oleh parti-parti politik itu sendiri. Akuy amatlah merasa kekecewaan terhadap parti-parti politik di malaysia ini. Terlalu kotor, hina dan keji sekali. Sanggup menjadikan mahasiswa kini sebagai medium untuk meneruskan agenda masing-masing. Lebih parah lagi, ahli-ahli politik ini sanggup menggadaikan apa saja bagi menarik golongan muda untuk mengikut rentak halatuju perjuangan mereka.

Kepada mahasiswa-mahasiswa yang bijaksana sekalian, sekirannya anda adalah golongan yang hebat mengapakah kita harus termakan dengan pujuk rayu mereka. Biarkan mereka dengan agenda dongeng mereka. Jika benar kita mahukan sesuatu perubahan, kita seharusnya melakukan dengan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Hal ini kerana jika semua antara kita mahasiswa-mahasiswa bersuara di malaysia ini, aku yakin kuasa mahasiswa akan tiada batasan dan sempadannya. Bagi menjadi malaysia masyarakat yang hormoni, bangunlah wahai mahasiswa melayu. Tunjukkanlah semangat yang kita ada tetapi bukannya mengikut telunjuk orang atau membuat sikap acuh tak acuh dalam permasalah semasa dan masalah sekeliling yang mengganggu dan menggugat kestabilan ekonomi dan keharmonian malaysia.

JIKA BENARLAH PM MAHUKAN 1 MALAYSIA... hentikanlah sikap mengata orang lain. Lakukanlah sesuatu demi rakyat bukannya untuk kepentingan peribadi semata-mata. Masa bersama rakyat adalah lebih penting berbanding masa untuk berbalah dengan seteru.

p/s: kpd UMNO: lakukanlah perubahan yang dapat meyakinkan rakyat kembali. Cantaslah orang-orang yang hanya menjadi liabiliti dalam UMNO itu.

kpd PAS: tegakkanlah perjuangan agama islam di malaysia ini. Jadikanlah ia suatu contoh dah teladan yang baik kepada agama lain. Hentikanlah perbalahan sesama islam.

kpd PKR: bagus untuk menjadi pembangkang kerana dapat menjadi cermin kpd UMNO dalam usaha memperbaiki diri mereka.

kpd lain-lain parti: LU PIKIR LA SENDIRI, KALO XNAK PEGI ANGKAT KAKI...

sekian...