17 October 2009

Hilangnya Pelangi tatkala Teriknya Panas(Episod 2)

M

Tiada Batasan & Sempadan dalam arus PERUBAHAN

Apa yang ada kini bukanlah untuk kekal selamanya. Jika dilihat dari sudut yang lain kita bukanlah sempurna sentiasa. Namun dengan semangat dan perjuangan kita yang tinggi menjadikan kita seorang insan yang dapat merubah apa yang ada di hadapan kita. Itu adalah antara mukadimah sahaja. Sangat berkaitan dengan yang hidup atau yang telah meniggal dunia..






Di sini aku ingin berkongsi tentang masalah di mana eksploitasi politik terhadap mahasiswa.
Apa yang kita lihat sekarang, mahasiswa di malaysia kini tidaklah sehebat dengan mahasiswa yang telah dilahirkan sejurus 10 hingga 20 tahun merdeka. Mahasiswa dahulunya disanjung, dijunjung, dilambung, digendong dan pelbagai lagi aspek yang amat meninggikan martabat seseorang mahasiswa. Namun demikian, setelah kita mencapai 50 tahun kemerdekaan, mahasiswa sekarang tidaklah dapat dibanggakan seperti dahulu lagi. Mahasiswa kini lemah dalam lautan dunia moden yang menyebabkan meraka lalai dengan perjuangan sebenar seorang mahasiswa.

Apa yang aku katakan ini adalah bukanlah untuk mengata semata-mata, tetapi bagi menyedarkan rakan-rakan seperjuangan yang bergelar mahasiswa. Aku dapati mahasiswa kini tidak dapat melahirkan idea-idea yang bernas dalam menyelesaikan masalah sosial dan masyarakat. Apa yang menyedihkan bagi aku adalah penglibatan seseorang mahasiswa itu sendiri dalam kancah masalah sosial disamping masalah masyarakat. Dalam skop yang lebih kecil lagi adalah mahasiswa melayu.

Wahai bangsa yang aku sanjungi, tidakkah kamu terfikir bahawa bangsa kita iaitu melayu ini semakin berpecah belah angkara perbalahan politik yang saling tuduh-menuduh, fitnah-mengfitnahi, kata-mengata dan pelbagai lagi demi mempertahankan kedaulatan yang dibangga-banggakan oleh parti-parti politik itu sendiri. Akuy amatlah merasa kekecewaan terhadap parti-parti politik di malaysia ini. Terlalu kotor, hina dan keji sekali. Sanggup menjadikan mahasiswa kini sebagai medium untuk meneruskan agenda masing-masing. Lebih parah lagi, ahli-ahli politik ini sanggup menggadaikan apa saja bagi menarik golongan muda untuk mengikut rentak halatuju perjuangan mereka.

Kepada mahasiswa-mahasiswa yang bijaksana sekalian, sekirannya anda adalah golongan yang hebat mengapakah kita harus termakan dengan pujuk rayu mereka. Biarkan mereka dengan agenda dongeng mereka. Jika benar kita mahukan sesuatu perubahan, kita seharusnya melakukan dengan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Hal ini kerana jika semua antara kita mahasiswa-mahasiswa bersuara di malaysia ini, aku yakin kuasa mahasiswa akan tiada batasan dan sempadannya. Bagi menjadi malaysia masyarakat yang hormoni, bangunlah wahai mahasiswa melayu. Tunjukkanlah semangat yang kita ada tetapi bukannya mengikut telunjuk orang atau membuat sikap acuh tak acuh dalam permasalah semasa dan masalah sekeliling yang mengganggu dan menggugat kestabilan ekonomi dan keharmonian malaysia.

JIKA BENARLAH PM MAHUKAN 1 MALAYSIA... hentikanlah sikap mengata orang lain. Lakukanlah sesuatu demi rakyat bukannya untuk kepentingan peribadi semata-mata. Masa bersama rakyat adalah lebih penting berbanding masa untuk berbalah dengan seteru.

p/s: kpd UMNO: lakukanlah perubahan yang dapat meyakinkan rakyat kembali. Cantaslah orang-orang yang hanya menjadi liabiliti dalam UMNO itu.

kpd PAS: tegakkanlah perjuangan agama islam di malaysia ini. Jadikanlah ia suatu contoh dah teladan yang baik kepada agama lain. Hentikanlah perbalahan sesama islam.

kpd PKR: bagus untuk menjadi pembangkang kerana dapat menjadi cermin kpd UMNO dalam usaha memperbaiki diri mereka.

kpd lain-lain parti: LU PIKIR LA SENDIRI, KALO XNAK PEGI ANGKAT KAKI...

sekian...

09 May 2009

Mother's Day

I love my MOM (ARFAH OMAR)

Thank you mom for everything that you have done and keeping doing for me. Thank you Allah SWT for having you as part of my life, you have taught me many good things, today what i have become it's because of you.

04 May 2009

Kisah Kehidupan di Perantauan. (Episod 1)


Angin meniup bagaikan membisik sesuatu yang menceritakan tentang khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Awan hitam meliputi sejenak lapisan dilangit kebiru-biruan. Kicauan burung-burung turut berdendang mengikut alunan irama alam. Sementara itu El, melangkah keluar dari pintu biliknya...
"El, kitak dah lambat tok..."
"Kenak sik turun klas gik??" lantas disapa oleh Mohd Fizman Asyraf atau lebih manja dikenali sebagai Man. El melihat jam di handpon nya,
"Sik, kamek sik sempat bangun tek, tido akhir gilak malam tadik.."
Tok pun dh pukul 8.30, masih sempat mun aku pegi nektok.. "
Aku chaw dulok..."
"Aok.." balas si Man..
"Mun abis klak datang bilit" sambung Man..
El terus bergegas ke kelas dengan pantas sekali..
El atau nama sebenar nya Mhd El Nino Haykal Mhd Sulaiman yang berasal dari Kedah merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Kini mengambil Sarjana Muda Kejuruteraan Bendalir (Fluid Engineering) di RIDA University of Technology di Borneo Island. Dia merupakan salah seorang 'top student' di faculty nya. Namun demikian, dia sering mempunyai masalah untuk menguruskan diri nya. Al maklumlah jauh daripada kedua ibubapanya.
"Ring, ring!!!" El tersentak dengan bunyi yang mengasyikan itu..
"Assalamualaikum Mak..." El menjawab panggilan daripada ibunya yang jauh nun di seberang.
El berbicara dengan ibunya Mak Esyah atau Aisyah Az-Zahrah Mohd El Ezhar Hazique, sepanjang perjalanan ke kelas. Hampir setiap minggu ibunya menelefon menanyakan khabar berita tentang El.

Setibanya di kelas.....
Dengan raut wajah selamba El masuk ke kelas...
"Awal datang aritok??" satu suara menyapa El..
"Mun mok masok pun El, tutup pintu ya balit.." tambah Prof Madya Dr. Atantuya Bedong..
"Sory Madam, lupa kamek tek..." balas El dengan selamba...
Dr. Atantuya lalu terus sambung pembelajarannya tanpa menghiraukan El..
El seperti biasa menumpukan sepenuhnya terhadap ajaran di hadapan..
Tepat pukul 12.00tghri.. Kelas tamat seperti biasa..
"El, gi lunch jom"...
"Tp ak mau ambil duit di ATM dulu" sapa Firdaus rakan sekelas El yg berasal dari Sabah..
"Hmm, ndak mau aku" balas El..
"Sudah aku makan tadi di Cafe...."
"Nanti petang jak la aku makan sama ko.."tambah El
"Bulih la nanti petang.."kata Fir
"Hmm, mana ko mou pegi ni?.."tanya Fir
"Aku mau jumpa Sir Dasron nie"..balas El
"Aku mau hantar assignment semalam.. ko sudah hantar ka??"tambah nya lagi.
"Blom bah, bulih aku pinjam ko punya ka?"...Fir meminta tolong..
"Bulih bah kalo ko, ko dtg jak bilik ak nanti..." Lantas El membalas.
"Thank bro"...balas Fir
"Ndak apa"...balas El lalu beredar...

Setelah semuanya selesai, El pulang ke kolej...
El lalu di sapa oleh dua orang siswi...
"Hye El, apa kabar? Lama xjumpa" tanya salah seorang siswi itu...
"Biase la org busy kan... mana ada masa nk layan kite ni" tambah seorang lagi...
Seperti biasa, El dengan selambanya beredar meniggalkan mereka.Lalu tiba di biliknya. El merupakan pelajar semester 5. Dia seorang yang pandai ditambah lagi dengan perwatakan yang baik justeru menjadi idaman para siswi di UiTD ini. Disebabkan sikapnya yg tidak suka melayan gadis-gadis yang menyukainya, El masih tidak mempunyai buah hati sepanjang belajar di UiTD ini. El juga mempunyai sahabat baik iaitu Fakrul Razi atau Arul. Arul juga merangkap rakan sebilik El. Segala rahsia El diketahui Arul dan begitu lah sebaliknya. Arul mengambil jurusan Sarjana Muda Perakaunan di UiTD ini.

Pada hari berikutnya....

Jalan-jalan kat Santubong..






Tanggal 15 April 2009 sebelum bermulanya final exam.. sekumpulan Geng Tersisih PM antaranya, Pah, Teyqa, Feysal, Olan, Jaja, Ain, Owda, Mai, Ainul, Afiah, Senget dan Mr.Mu'izz telah beriadah menikmati keindahan pantai di Santubong. Sume senior2 yg dh nk blah yg byk join kecuali olan ngan ak... hehehe..
nmpk nye Geng Tersisih akan terkubur kemudian hari.. huhu..

Menurut kata ketua ekspedisi ini jalan2 Santubong ni, Prof Madya Dr. Pah(cewah bangga siot), aktiviti ini byk memberikan mereka pendedahan tentang flora dan fauna di Bumi Kenyalang.. Pendapat Prof Mai lak, pendekatan sebegini melahirkan hubungan ukwah di antara mereka. Bak kata Ir Feysal n pasangan nye(hehehe) dengan jalan2 cam 2 dpt mewujudkan suasana lebey romantik.. hehehe...
Kata2 kwn lain lak.. Apa yang penting???? KERJASAMA n yang penting kita ENJOY!!!!

Selepas penat kat Santubong... Akhirnya kita sempat menikmati steamboat kat Kuching..
makanan pn sedap2... hehehe..

Myb aritu adalah hari terakhir kite sume bkumpul... then pas nie mmg susah nk jmpa lg..
Hope one day kite sume leh hangout lg ke... Kepada korg sume nnt keep in touch la ea.. Jgn sepi kn diri korg sume... Kalo dh jejak KL nnti call je ek.. Adios-maalsalammah...

20 April 2009

Final Exam ( 20 April until 10 May 2009)


Arini bermula episod bulan final dimana kite leh tgk ramai org study bagai nak gile termasuk lah ak. Namun dgn harapan dan doa mak dgn abah akn ku galas walaupun pahit utk menerimanya demi kejayaan ak sendiri...

Final nie ak ade 5 paper...
CHE251
CHE252
CHE253
MAT283
KJM327

ak agak terkilan krn setelah menempuh pelbagai onak duri, cabaran dan dugaan pd sem nie membuat kan ak terkantoi dgn 1 subjek... Tp setelah usaha yg gigih hasil dr berkat doa mak dan abah ak dapat mengatasi dengan tenang skali.. Ak merasakn kemungkinan ak x dpt DL utk pertama kalinya disebabkan masalah kesihatan yg ak alami lebey kurang sebulan terlantar di rumah pada awal sem ari2. Tp ak berjanji cuba-sedaya upaya utk memperoleh GPA yg baek..

tanggal 16 May ak akan pulang ke rumah setelah sekian lama menjalani episod-episod suka dan duka.. Ak harap dgn sekembalinya ak ke Borneo Island semula.. Sinar baru akn ak pancarkan demi kesejahteraan semua..

kepada kawan2 sume hadapi lah final exam nie dgn tenang. Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita... SEMOGA BERJAYA!!!

"BERANI BERUBAH"

29 March 2009

Dinner MPP 09/10 & MPP 07/08


Majlis Watikah Perlantikan MPPUiTM Sarawak 09/10 dan Malam Penghargaan MPPUiTM Sarawak 07/08 telah diadakan pada 25 Mac 2009 di Hotel Grand Margherita UiTM pada pukul 7.30 malam dengan lancarnya.

Diharap barisan MPP yg terbaru ini dapat memberikan satu perubahan ke arah kebajikan pelajar. Dan harap tidak menjadikan MPP sebagai medan untuk mencari populariti dan kepentingan peribadi.

"UiTM benteng pertahanan melayu dan bumiputera"