04 May 2009

Kisah Kehidupan di Perantauan. (Episod 1)


Angin meniup bagaikan membisik sesuatu yang menceritakan tentang khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Awan hitam meliputi sejenak lapisan dilangit kebiru-biruan. Kicauan burung-burung turut berdendang mengikut alunan irama alam. Sementara itu El, melangkah keluar dari pintu biliknya...
"El, kitak dah lambat tok..."
"Kenak sik turun klas gik??" lantas disapa oleh Mohd Fizman Asyraf atau lebih manja dikenali sebagai Man. El melihat jam di handpon nya,
"Sik, kamek sik sempat bangun tek, tido akhir gilak malam tadik.."
Tok pun dh pukul 8.30, masih sempat mun aku pegi nektok.. "
Aku chaw dulok..."
"Aok.." balas si Man..
"Mun abis klak datang bilit" sambung Man..
El terus bergegas ke kelas dengan pantas sekali..
El atau nama sebenar nya Mhd El Nino Haykal Mhd Sulaiman yang berasal dari Kedah merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Kini mengambil Sarjana Muda Kejuruteraan Bendalir (Fluid Engineering) di RIDA University of Technology di Borneo Island. Dia merupakan salah seorang 'top student' di faculty nya. Namun demikian, dia sering mempunyai masalah untuk menguruskan diri nya. Al maklumlah jauh daripada kedua ibubapanya.
"Ring, ring!!!" El tersentak dengan bunyi yang mengasyikan itu..
"Assalamualaikum Mak..." El menjawab panggilan daripada ibunya yang jauh nun di seberang.
El berbicara dengan ibunya Mak Esyah atau Aisyah Az-Zahrah Mohd El Ezhar Hazique, sepanjang perjalanan ke kelas. Hampir setiap minggu ibunya menelefon menanyakan khabar berita tentang El.

Setibanya di kelas.....
Dengan raut wajah selamba El masuk ke kelas...
"Awal datang aritok??" satu suara menyapa El..
"Mun mok masok pun El, tutup pintu ya balit.." tambah Prof Madya Dr. Atantuya Bedong..
"Sory Madam, lupa kamek tek..." balas El dengan selamba...
Dr. Atantuya lalu terus sambung pembelajarannya tanpa menghiraukan El..
El seperti biasa menumpukan sepenuhnya terhadap ajaran di hadapan..
Tepat pukul 12.00tghri.. Kelas tamat seperti biasa..
"El, gi lunch jom"...
"Tp ak mau ambil duit di ATM dulu" sapa Firdaus rakan sekelas El yg berasal dari Sabah..
"Hmm, ndak mau aku" balas El..
"Sudah aku makan tadi di Cafe...."
"Nanti petang jak la aku makan sama ko.."tambah El
"Bulih la nanti petang.."kata Fir
"Hmm, mana ko mou pegi ni?.."tanya Fir
"Aku mau jumpa Sir Dasron nie"..balas El
"Aku mau hantar assignment semalam.. ko sudah hantar ka??"tambah nya lagi.
"Blom bah, bulih aku pinjam ko punya ka?"...Fir meminta tolong..
"Bulih bah kalo ko, ko dtg jak bilik ak nanti..." Lantas El membalas.
"Thank bro"...balas Fir
"Ndak apa"...balas El lalu beredar...

Setelah semuanya selesai, El pulang ke kolej...
El lalu di sapa oleh dua orang siswi...
"Hye El, apa kabar? Lama xjumpa" tanya salah seorang siswi itu...
"Biase la org busy kan... mana ada masa nk layan kite ni" tambah seorang lagi...
Seperti biasa, El dengan selambanya beredar meniggalkan mereka.Lalu tiba di biliknya. El merupakan pelajar semester 5. Dia seorang yang pandai ditambah lagi dengan perwatakan yang baik justeru menjadi idaman para siswi di UiTD ini. Disebabkan sikapnya yg tidak suka melayan gadis-gadis yang menyukainya, El masih tidak mempunyai buah hati sepanjang belajar di UiTD ini. El juga mempunyai sahabat baik iaitu Fakrul Razi atau Arul. Arul juga merangkap rakan sebilik El. Segala rahsia El diketahui Arul dan begitu lah sebaliknya. Arul mengambil jurusan Sarjana Muda Perakaunan di UiTD ini.

Pada hari berikutnya....

1 comment:

  1. this story is abt. u..
    gottcha...
    keep writing..
    btw.. good intro..
    i mean.. u did combine more than 2 languange inside that story..
    1. sarawakian
    2. sabahan
    3. malay..

    sj jak ku klaka eng.. melepaskan geram dgn sorg bdk p4.. hahahaha..
    daaa...

    ReplyDelete